Friday, January 19, 2018

Polis tembak mati penunjuk perasaan Buddha

Polis tembak mati penunjuk perasaan Buddha
Polis di Rakhine. - Foto sumber AFP
RAKHINE - MYANMAR. Polis di Rakhine menembak mati tujuh penunjuk perasaan beragama Buddha dalam satu perhimpunan melibatkan 4,000 penganut agama tersebut semalam.

BBC mengatakan kumpulan penunjuk perasaan berkenaan bertujuan membantah hasrat kerajaan mengharamkan satu upacara keagamaan.
Berpuluh-puluh lagi mangsa yang cedera dalam kejadian di Mrauk U berkenaan sedang dirawat di hospital.

Kata saksi, polis pada mulanya menggunakan peluru getah untuk menyuraikan  orang ramai yang mengepung bangunan-bangunan kerajaan.
Keadaan mula bertukar menjadi ganas apabila penunjuk perasaan mula membaling batu-bata ke arah polis, sekaligus memaksa polis menggunakan peluru hidup.

Kebetulan, hari kejadian merupakan hari sama kerajaan Bangladesh bersetuju untuk menghantar pelarian etnik Rohingya pulang ke Myanmar.
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment