Sinar, 15 Februari 2018
KEWUJUDAN sebuah laman yang menjual kanak-kanak berdasarkan warna rambut dan mata mereka menggemparkan Mesir baru-baru ini.
"Kami mempunyai kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur untuk dijual
kepada mereka yang berminat untuk membeli atau mengambil anak angkat,"
menurut kenyataan di laman web tersebut yang turut menawarkan bayi
baharu lahir.
Harga mereka pula adalah berdasarkan jantina, warna kulit, keadaan
kesihatan, warna mata dan rambut selain pelbagai ciri fizikal lain.
Laman tersebut ditemui jurutera sains komputer, Ramy el Gebali selepas
dia membuka halaman Facebook untuk mencari kanak-kanak hilang yang
mempunyai kira-kira 1.2 juta pengikut.
Menurut Ramy, ia bermula melalui hasil maklumat beberapa pengikutnya di
bandar al-Shorouk, timur laut Kaherah yang berjaya membongkar sindiket
tersebut.
"Saya melakukan siasatan lanjut yang kemudiannya membawa kepada kegiatan jual beli kanak-kanak itu.
"Pemilik laman web itu adalah rakyat Arab yang menetap di Belanda,"
jelasnya yang telah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pemerdagangan
Manusia di Pejabat Peguam Mesir. - al-Arabiya
No comments:
Post a Comment