Wednesday, March 14, 2018

Janji BN Selangor tidak matang

Janji BN Selangor tidak matang
Manivannan Gowin
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Janji BN Selangor untuk memberi beg plastik percuma didakwa bermotif politik dan tidak matang.
Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowin berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai kepentingan bagi BN memenangi semula pentadbiran Selangor.
“Ini tidak munasabah dan dikira sebagai satu tindakan yang mundur, kolot, cetek dan ketinggalan zaman.

“Saya kecewa kerana kempen bebas beg plastik dan polisterin ini dipergunakan sebagai alat tawar menawar BN Selangor demi kepentingan politik mereka tanpa mengira kira kepentingan rakyat Selangor dan alam sekitar,” katanya pada sidang media di Parlimen, sebentar tadi.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengatakan kutipan caj 20 sen menjadi keuntungan kepada sesetengah pihak adalah tidak betul.

“Kutipan bayaran ini sebenarnya disalur balik ke atas kebajikan rakyat seperti di Pulau Pinang, ia disalurkan ke Agenda Ekonomi Saksama yang bertujuan menghapuskan kemiskinan.

“Manakala di Selangor pula, ia disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan cadangan BN untuk memberikan 20 sen kepada pembeli yang membawa beg sendiri.

“Usaha mengurangkan penggunaan beg plastik dengan memberi ganjaran adalah tidak berkesan dalam masa jangka panjang di mana pengguna akan memberi tumpuan untuk mendapatkan ganjaran tersebut berbanding dengan mempunyai kesedaran mengurangkan penggunaan beg plastik demi menjaga alam sekitar.

“Caj beg plastik 20 sen ini bukan untuk menjual beg plastik tapi sebagai satu denda kepada pengguna supaya mereka boleh membawa beg sendiri bagi pembelian seterusnya. Penggunaan beg sendiri juga wajar dipupuk sebagai satu tabiat semulajadi pengguna,” katanya.
#prusinar
#aparakyatmahu

No comments:

Post a Comment