Jeniri Amir
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Manifesto Gagasan Sejahtera dilihat satu tawaran yang
menarik berdasarkan sembilan teras yang diperkenalkan, namun pengundi
dilihat mungkin meragui keupayaan Pas untuk melaksanakan tawaran yang
dikemukakan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kesemua sembilan teras yang
diperkenalkan memperlihatkan Gagasan Sejahtera memahami kehendak rakyat
masa kini dan cuba menangani isu utama yang dihadapi rakyat.
"Berdasarkan sembilan teras itu, dia (Gagasan Sejahtera) memahamai
antara perkara utama yang perlu ditangani adalah isu kos sara hidup.
Jadi saya percaya mereka juga akan menyentuh isu cukai, GST dan
sebagainya dalam manifesto mereka kerana dalam konteks ini, sara hidup
boleh dikatakan ibu segala isu, jadi Pas cuba tangani isu
berkenaan,"katanya.
Menurut Jeniri, samada berjaya atau tidak manifesto mereka akan berjaya
meraih sokongan rakyat pula, ia bergantung kepada keupayaan menjelaskan
kepada rakyat dan juga menghapuskan keraguan dari aspek kemampuan
melaksanakan.
"Selain itu ada persamaan dengan Manifesto Pakatan Harapan dalam
konteks isu melibatkan Sabah dan Sarawak, Pas menyedari hakikat di mana
salah satu perjuangan pengundi di sana adalah menuntuk hak mereka.
"Namun saya tak percaya Pas dan Gagasan Sejahtera punya pengaruh besar
di Sabah Sarawak, bahkan saya berani katakan mungkin semua calon mereka
di sana akan tewas," katanya.
Mengulas cabaran yang dihadapi oleh Gagasan Sejahtera dalam menarik
undi rakyat termasuk pengundi atas pagar, Jeniri berkata aspek penting
yang menjadi perkiraan rakyat adalah kemampuan mereka dalam pentadbiran
yang lebih besar.
Malah, katanya, pengundi pasti akan menjadikan pemerintahan Pas di
Kelantan sebagai contoh terbaik untuk menilai keupayaan parti itu dalam
konteks pentadbiran rakyat.
"Berbanding dengan Pakatan Harapan, saya fikir teras manifesto Pakatan
Harapan itu adalah lebih baik berbanding teras yang dikemukakan oleh Pas
dari segi liputan peringkat rakyat.
"Kepimpinan mereka (Pas) dilihat lebih tertumpu kepada hal-hal agama.
Pas mungkin berdepan cabaran besar di kalangan pengundi muda pada
peringkat umur 21-29 tahun kecuali Pas dapat menampilkan calon dari
latar belakang profesional yang lebih banyak menjelang PRU14," katanya.
#prusinar #aparakyatmahu
Ni apa pulak ni.
ReplyDeleteApa ke jadahnya abah mahadana ni..
ReplyDelete