Friday, March 9, 2018

Pemimpin PAS cadang isteri hadiahkan wanita buat suami

Malaysiakini 

   
Ketua Penerangan PAS Perak Wan Tarmizi Abd Aziz tampil dengan cadangan langka sempena sambutan Hari Wanita 2018 yang jatuh pada hari ini.
Beliau mencadangkan para isteri membenarkan suami mereka menambah 'cawangan' sebagai tanda penghargaan terhadap golongan wanita.

"Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain," katanya di Facebook hari ini.

Poligami merupakan topik yang sering menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam dan ia jelas terlihat pada reaksi yang diterima di ruangan komen status tersebut.
Malah ada yang bertanya sama ada akaun Facebooknya telah digodam pihak tertentu.

Dihubungi Malaysiakini, Wan Tarmizi berkata beliau hanya menyampaikan sesuatu yang dibenarkan dalam Islam.
"Ini bukan pendapat saya (tetapi) pandangan dalam Islam."

No comments:

Post a Comment