Setelah bersetuju memakai satu logo PKR untuk pilihan raya umum 9 Mei
ini, DAP telah mula memperjelaskan penyokongnya supaya tidak keliru
membuat pilihan di kertas undi.
Anggota Melayu muda DAP Young Syefura Othman atau lebih dikenali
sebagai Rara antara pihak yang tampil memperjelas berkaitan pertukaran
logo itu pada penyokong mereka.
Berucap di Pontian, Johor, malam tadi, Rara mengingatkan orang ramai
tidak mempedulikan logo lain di kertas undi, sebaliknya hanya
memfokuskan pada logo 'mata' PKR.
“Nampak logo mata, orang Melayu kata apa? Dari mata turun ke hati, dia jatuh cinta.
“Jadi nanti hari mengundi, nampak kertas undi, nampak logo mata terus pangkah,” katanya dalam pelat Cina.
“Jadi nanti hari mengundi, nampak kertas undi, nampak logo mata terus pangkah,” katanya dalam pelat Cina.
Rara berucap atas sebuah lori berlatar belakang kain rentang bertulis
“Luaskan Harapan”, yang diinspirasi daripada slogan pasukan bola sepak
Johor “Luaskan Kuasamu”.
Rara, yang akan bertanding pilihan raya di Ketari, Pahang, juga
memberikan harapan bahawa pilihan raya kali ini pembangkang mempunyai
harapan merampas Putrajaya.
Bagaimanapun, katanya, penyokong mereka harus bersungguh-sungguh dan bekerja keras ke arah itu.
“Kita mesti menang betul-betul. Uncle, auntie, kali ini, pilihan raya kali ini kita harus lawan mati-mati,” katanya.
No comments:
Post a Comment