Sultan Muhammad V turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.
PETALING JAYA: Sultan Muhammad V bersetuju memotong gaji dan emolumen
sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang
di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.
“Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.
“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta
terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada
Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini,” demikian
menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini.
Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat
menyalurkan sumbangan selepas mengetahui hutang negara mencecah RM1
trilion dan jumlah kutipan itu mencecah RM56.662 juta setakat 3 petang
tadi.
Semalam, Menteri kewangan berkata, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
Lim Guan Eng berkata, sekiranya jumlah tabung itu tidak mencukupi,
kerajaan akan menampung baki diperlukan bagi melunaskan hutang itu.
Sementara itu, Sultan Muhammad V turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.
“Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut
sepatutnya digunakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.”
No comments:
Post a Comment