Friday, June 8, 2018

Hukuman mati Sirul mungkin ditukar kepada penjara

Sinar Harian
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Hukuman mati ke atas bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar kerana membunuh Altantuya Shaariibuu mungkin diganti kepada hukuman penjara seumur hidup bagi membolehkan dia dibawa pulang ke negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana undang-undang Australia menetapkan untuk tidak membenarkan orang yang berdepan hukuman mati keluar dari negara itu.

“Sirul tak boleh balik sebab Australia tidak benarkan seseorang yang dijatuhi hukuman mati pulang, ia undang-undang yang mereka guna.

“Kita mungkin akan batalkan hukuman gantung sampai mati tapi digantikan dengan hukuman penjara supaya beliau boleh kembali ke tanah air,” katanya.
Mahathir turut menafikan laporan The Guardian  bahawa Malaysia telah membuat permohonan untuk mengekstradisi Sirul.

"Kita tidak mohon (dengan kerajaan Australia) untuk ektradisi Sirul," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra hari ini

Ditanya adakah kerajaan Malaysia akan membuka semula kertas siasatan kematian Altantuya, Mahathir berkata pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Kita akan mempertimbang perkara itu,” katanya.
 

No comments:

Post a Comment