Friday, June 8, 2018

'Jho Low di negara yang kita tidak boleh tangkapnya'

Annabelle Lee  |   
    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan pihak berkuasa negara ini sedang berusaha untuk menangkap tokoh perniagaan kontroversial berkaitan 1MDB Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini, Dr Mahathir walau bagaimanapun mendedahkan terdapat masalah dalam usaha itu kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang tidak disebutkan di mana Low dipercayai sedang bersembunyi.

"Kami sedang berusaha menangkap Jho Low tetapi dia tidak berada dalam negara dan kami tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara yang dia tinggal itu," kata Mahathir ketika diminta mengesahkan laporan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Low.

Ditanya mengenai alasan di sebalik untuk menahan Low, Mahathir berkata ia berdasarkan siasatan pihak berkuasa terhadap peranannya dalam skandal 1MDB.

"Saya fikir mereka telah menyiasat peranannya dalam 1MDB dan ini akan menjadi alasan untuk menagkapnya," kata Dr Mahathir selepas bermesyuarat dengan beberapa menteri serta bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Sumber SPRM, semalam mendedahkan kepada Malaysiakini bahawa waran tangkap ke atas Low serta seorang lembaga pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil telah dikeluarkan beberapa hari lalu.

Memetik sumber, Bloomberg pula melaporkan bahawa SPRM juga mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Halmi, dan bekas tokoh perbankan Goldman Sach, Roger Ng.
Low ialah tokoh penting dalam skandal 1MDB.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Low terlibat dalam beberapa penyelewengan dana 1MDB.

Beliau didakwa menggunakan dana 1MDB untuk membeli kapal mewah Equanimity; barang kemas yang dihadiahkan kepada model Miranda Kerr; dan juga kalung berlian merah jambu berharga AS$ 27.3 juta untuk isteri Pegawai Malaysia 1 (MO1).

DOJ mendakwa berlian merah jambu itu dibeli menggunakan AS$ 620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kembali kepada penderma keluarga diraja Arab Saudi, tetapi sebaliknya disalurkan ke akaun yang didakwa dikawal oleh Low.
Bekas menteri Umno, Datuk Seri Abdul Rahman telah mengenalpasti MO1 sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini 

No comments:

Post a Comment