Saturday, June 9, 2018

Isu syariah ditangani Bahagian Syariah

Sinar harian
Isu syariah ditangani Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC)  sudah pun mempunyai Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang yang menangani isu berkaitan dengan undang-undang Syariah yang berbangkit di peringkat Persekutuan dan antarabangsa.

Selain itu, AGC juga mempunyai Majlis Pakar (Pelbagai Disiplin) yang dikendalikan pakar hal ehwal undang-undang Syariah, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Menurut kenyataan AGC hari ini, berdasarkan struktur organisasi jabatan itu, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang diletakkan di bawah penyeliaan Peguam Cara Negara.

“Jabatan ini mengambil maklum bahawa terdapat saranan supaya Peguam Negara melantik seorang pegawai daripada Jabatan Peguam Negara khusus bagi menyelia perkara dan isu-isu berhubung undang-undang Syariah.
“Di Jabatan Peguam Negara sememangnya sudah ada Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang yang berperanan, antara lain, untuk menangani apa-apa perkara dan isu berkaitan dengan undang-undang syariah yang berbangkit di peringkat Persekutuan dan antarabangsa," kata jabatan itu.

Selain itu, peguam kanan Tommy Thomas, 66,  dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa pada 4 Jun lalu bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang ditamatkan perkhidmatannya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Thomas, yang berpengalaman selama 42 tahun sebagai peguam, memulakan tugasnya di jabatan itu pada hari Rabu. - Bernama

No comments:

Post a Comment