Thursday, June 7, 2018

Mufti Wilayah: Mesyuarat bersama Majlis Penasihat tak sentuh hal bubar Jakim


 | June 7, 2018

Beliau berkata mesyuarat 90 minit itu hanya menyentuh penerangan berhubung tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan suasana masyarakat masa kini dan negara.

Menurut Datuk Zulkifli, isunya bukan membubarkan Jakim,
 ia mengenai peranan dan juga bagaimana mengemas kini atau memperkasakannya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tiada perbincangan berhubung cadangan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata mesyuarat 90 minit itu hanya menyentuh penerangan berhubung tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan suasana masyarakat masa kini dan negara.

“Tiada (perbincangan mengenai Jakim). Bahkan, saya pegang apa yang Tun (Dr Mahathir Mohamad) nyatakan semalam, isunya bukan membubarkan (Jakim), ia mengenai peranan dan juga bagaimana mengemas kini atau memperkasakannya,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat di Menara Ilham.

Sebelum ini, perdana menteri berkata peranan Jakim akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Dr Mahathir berkata langkah tersebut adalah bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

Mesyuarat hari ini turut memanggil pakar dalam bidang masing-masing seperti Prof Datuk Dr Raduan Che Rose mewakili Majlis Profesor Negara, Tan Sri Dr Yahya Awang (perubatan) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (penggiat seni).
FMT

No comments:

Post a Comment