3 Jun 2018
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR - Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Ketua Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.
Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) itu membayangkan, Khairy merupakan
calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan Umno kini
yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju
perjuangan parti.
“Saya rasa Khairy calon terbaik... (jawatan) Presiden Umno ialah Khairy
Jamaluddin,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Harapan
Kedah di Seri Mentaloon di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Harapan Negeri,
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan pakatan itu.
Pada 22 Mei lalu, Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan Umno adalah
terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan
presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang
dijadualkan hujung bulan ini.
Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Umno mengalami kekalahan teruk
dengan BN yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas
enam dekad mentadbir negara. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: KJ tanding jawatan Naib Presiden Umno
No comments:
Post a Comment