Asyraf yang merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab dalam hal
ehwal Islam ketika BN memerintah berkata beliau kini meletakkan harapan
kepada pentadbiran HARAPAN memastikan kedudukan Islam terus
dipertahankan.
"Dari awal saya kata jangan kita berlaku zalim dan berlaku tidak adil kepada kerajaan HARAPAN yang baru dua bulan memerintah.
"Takkan baru dua bulan memerintah kita terus hukum bahawa masa depan
Islam sudah pun hancur berkecai (di bawah HARAPAN). Tidak adil begitu,"
katanya dalam forum anjuran NGO Ikram di Shah Alam semalam.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata kerajaan bagaimanapun perlu menangani
kegusaran yang timbul di kalangan rakyat secara berhikmah dan bukannya
sekadar menafikan persepsi bahawa HARAPAN anti-Islam.
"Kerajaan HARAPAN perlu menonjolkan bahawa kerajaan ini akan
selama-lamanya mempertahankan kedudukan Islam dari sisi perlembagaan dan
dari segi tindakannya.
"(Selain) dari segi polisi, dari segi program, dari segi peruntukan," katanya.
Sebagai contoh, katanya, Lim Guan Eng boleh manafikan persepsi buruk
berhubung bukan Islam menjadi menteri kewangan dengan terus memberi dana
yang sebelum ini diluluskan kepada sekolah-sekolah agama.
Ini antara harapan saya supaya peruntukan-peruntukan ini tidak dikurangkan," katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment