Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis yang menyaksikan ketiadaan
calon PAS adalah kerana parti itu tidak mahu memecahkan undi bagi
memudahkan pihak lain yang bertanding menewaskan Pakatan Harapan
(HARAPAN).
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata demikian melalui
kenyataan di Facebook hari ini. Kenyataan itu turut disertai slogan
'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.
"HARAPAN mesti dikalahkan dalam PRK Sungai Kandis. Ia menjadi satu
isyarat kepada kerajaan HARAPAN bahawa rakyat tidak mahu terus
dipermainkan dengan kegagalan HARAPAN menunaikan janji pilihan raya,"
katanya.
Nasruddin memetik antara "kegagalan" itu ialah menghapuskan tol,
menurunkan harga minyak, dan menghapuskan hutang peneroka Felda.
Menyifatkan kerajaan HARAPAN sebagai perkauman, Nasrudin menambah
bahawa kerajaan baru itu juga "terlalu" membuka jalan kepada pihak
tertentu mempersendakan Islam.
"Suara-suara yang mengundang keresahan umat Islam makin marak bebas
dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh pihak kerajaan HARAPAN.
"Seperti gesaan agar sekolah tahfiz ditutup, terlalu memberi muka
kepada LGBT, pemikiran antihadis, posisi penting dalam sektor kehakiman
dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam, pemikiran liberal,
terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi
pemimpin kerajaan, dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap
perjuangan Islam dalam HARAPAN dan sebagainya," katanya.
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 13 Julai lalu
mendedahkan pihaknya mahu berbincang dengan PAS untuk meletakkan hanya
seorang calon pembangkang dalam PRK berkenaan.
Kerjasama itu, Kata Zahid, merupakan strategi pihak pembangkang dalam usaha memastikan pertembungan satu lawan satu.
Mengulas lanjut, Nasrudin menyeru pengundi menolak HARAPAN dalam PRK
Sungai Kandis kerana terdapat "1001 sebab" untuk menewaskan gabungan
itu.
"Kekalahan HARAPAN dalam PRK Sungai Kandis adalah untuk menyentak
lamunan mereka yang masih asyik dengan kuasa yang dimiliki agar tunaikan
janji pilihan raya dan tidak lagi membohongi rakyat.
"Pilihan di tangan anda. Rakyat adalah hakim," katanya.
PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini selepas kerusi itu
kosong susulan penyandangnya Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei meninggal
dunia.
PRK berkenaan akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon
PKR Zawawi Mughni, calon BN Datuk Lokman Adam dan calon Bebas K Murthy
No comments:
Post a Comment