CAGED berkata badan pemantau polis sangat perlu ditubuhkan untuk menangani kes penghilangan paksa dan kelakuan polis.
KUALA LUMPUR: Satu badan bukan kerajaan (NGO)
menggesa Putrajaya
segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas
Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)
bagi mengelakkan
berulangnya penghilangan paksa.
Jurucakap Rakyat Bantah Penghilangan Paksa (CAGED), Thomas Fann
berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak patut menunggu 5 tahun, seperti
yang dijanjikan dalam manifestonya.
CAGED ditubuhkan pada 5 Mei 2017 sebagai respons kepada ketiadaan kemajuan dalam siasatan ke atas kehilangan 4 individu.
“IPCMC perlu ditubuhkan bukan sahaja untuk menangani kes kehilangan
tetapi juga kebimbangan-kebimbangan kita yang lain tentang kelakuan
polis.
“Jika sesuatu berlaku, kepada siapa kita mengadu? Tentu sekali
polis,” katanya kepada pemberita di sidang serantau mengenai
penghilangan paksa hari ini.
Fann berkata perlu ada suruhanjaya bebas untuk menghukum anggota
polis yang menyalahi undang-undang dan mengheret mereka ke mahkamah.
Fann berkata “mustahil” untuk selesaikan perkara itu tanpa IPCMC.
Dalam masa yang sama IPCMC mesti diperkasakan, katanya.
“Kita ada banyak badan bebas seperti Suhakam tetapi mereka tidak mendakwa orang di mahkamah.”
IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menambah Baik Pasukan Polis.
Badan Peguam Malaysia mendesak IPCMC ditubuhkan tetapi polis tidak
bersetuju dengan syarat yang diberikan kerana ia tidak memberikan hak
sebenar polis selaku agensi keselamatan.
FMT
No comments:
Post a Comment