Beliau turut menolak sebarang kemungkinan wujud perbalahan dalam parti itu.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sekali lagi menegaskan tiada komplot dalam PKR untuk menghalang
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.
Beliau turut menolak sebarang kemungkinan wujud perbalahan dalam parti itu.
“Wujud komplot? Tiada…itu semua karut,” katanya selepas menunaikan
solat sunat Aidiladha di Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Pandan, hari
ini.
Isnin lalu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan mempersoalkan
kesetiaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali terhadap Anwar.
Kesavan tidak yakin jika Azmin benar-benar mahu Anwar dilantik
sebagai perdana menteri kerana Azmin didakwa tidak menyuarakan sokongan
terhadap Anwar, yang diumumkan menang tanpa bertanding jawatan presiden
PKR dalam pemilihan parti itu, untuk menggantikan Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Peraturan baru untuk semua calon pemilihan
Sementara itu, Wan Azizah turut menafikan peraturan baru PKR
menghalang calon pemilihan parti itu daripada mengadakan ceramah dan
menganjurkan jamuan makan dengan kehadiran lebih 100 orang, hanya
ditujukan kepada individu tertentu.
Beliau menegaskan peraturan itu terpakai untuk semua calon demi keadilan.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan PKR memperkenalkan beberapa peraturan ketat baru untuk calon pemilihan parti itu.
Pemilihan PKR 2018 akan bermula 14 September sehingga 13 Oktober ini.
Dalam pada itu, Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Pandan meminta
rakyat Malaysia bersatu membantu kerajaan terus membangunkan negara.
“Kita (Pakatan Harapan) dah menang. Kita nak mengisi kemenangan
dengan kemerdekaan. Kita perlu menjadikan ia kerajaan yang berjaya
selepas 61 tahun.
“Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk bersatu dalam memastikan negara bergerak menuju hala yang betul,” katanya
No comments:
Post a Comment