(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tiada tempoh masa tertentu perlu diperuntukkan kepada
kerajaan PH untuk menunaikan 10 janji utama dalam manifestonya setelah
tempoh 100 hari tamat.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, sebaliknya
rakyat perlu memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan
janji-janji tersebut.
“Sebagai sebuah kerajaan baharu dengan barisan menteri yang kurang
berpengalaman, mungkin mereka akan makan masa untuk tunaikan janji.
Namun, jika dilihat dalam tempoh 100 hari awal mereka sudah pun
memberikan komitmen terbaik untuk melaksanakan 10 janji.
“Malah, kebanyakan janji sedang dalam proses untuk dilaksanakan.
Berilah ruang dan masa yang sesuai kerana 100 hari pastinya tidak
mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Tun M bentang perkembangan 10 janji 100 hari PH]
Menurut beliau, kerajaan juga mungkin berdepan kekangan untuk melaksanakan janji kerana masalah ekonomi yang tidak stabil.
“Jika hutang negara tidak mencecah RM1 trilion, mungkin janji-janji
tersebut boleh dilaksanakan. Namun dalam keadaan ekonomi tidak berapa
baik, ia akan ambil masa.
“Apa yang lebih penting sekarang kerajaan PH kena lihat agenda menjaga
kebajikan rakyat dan menangani kos sara hidup. Sekiranya masalah ekonomi
dapat diselesaikan, secara tak langsung ia boleh memberi manfaat kepada
rakyat,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH dilabel kakistrocracy]
No comments:
Post a Comment