Wednesday, January 12, 2011

MANUSIA TERMUDA MENGIDAP BARAH PAYU DARA

Akhbar Daily mail, melaporkan manusia termuda 
setakat ini yang dikesan mengidap barah payu dara 
berjaya pulih sepenuhnya daripada penyakit maut itu.

Melanie Hunter pernah mengesan benjolan kecil 
sebesar kacang pea didada anaknya, Aliesha 3 tahun 
dari Toronto, Canada. Dia menganggap bahawa
ketulan itu adalah biasa dan tidak membahayakan. 
Hunter membawa anaknya ke hospital untuk  
pemeriksaan lanjut, dan dia diberitahu bahawa
benjolan itu tidak membahayakan.Namun 
benjolan itu makin membesar sehingga 
2 sentimeter, dan ia menyakitkan. Dan 
menyebabkan Aliesha tidak dapat tidur malam.
Sekali lagi Hunter membawa puterinya 
ke hospital. Dia amat terkejut apabila diberitahu
bahawa benjolan itu adalah barah  payu dara.


Aliesha menjalani ujian mastektomi. Hasil ujian 
itu mendapati  barah itu belum merebak  ke organ
lain. Doktor mengesan penyakit itu sejak Aliesha 
berumur 2 tahun dan doktor memberitahu 
bahawa Alisha tidak perlu menjalani kimoterapi
atau radioterapi.

4 comments: