Mayat M Krishnan 37, mangsa yang mati pada 7 Januari lalu di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala lumpur dituntut keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ( UMMC ) pada pukul 10.30 pagi ini, iaitu selepas bedah siasat kali kedua dijalankan. Keluarganya percaya juruelektrik itu mati dibelasah semasa di dalam tahanan.
Balunya P Revathi tertekan melihat mayat suaminya, dan dia pengsan beberapa kali.
Menurut keluarganya, bedah siasat kali kedua yang berakhir jam 3 petang kelmarin, akan dimaklumkan kepada mereka pada hari Isnin nanti.
Laporan bedah siasat pertama menyatakan mangsa mati kerana ulser perut. Atas permintaan keluarga, bedah siasat kedua dijalankan oleh ketua Unit Patologi hospital berkenaan Dr K Mathiharan, setelah polis dan pejabat Peguam Negara membenarkan permintaan keluarganya.
Seorang saksi menyatakan, beliau menyaksikan M Krishnan dibelasah oleh polis dan permintaannya untuk rawatan juga dinafikan. Keluarga M Krishnan mendakwa terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa, juga luka di bahadian abdomen kanan dan bahagian mata kanan.
Upacara sembahyang akan dijalankan esok di rumah keluarga mangsa di Kepong, dan selepas sembahyang mayat akan dibakar di Cheras.
No comments:
Post a Comment