Sunday, January 23, 2011

Ganjaran RM30,000 Untuk Pemain Kedah

Alor Setar : Kerajaan negeri bersetuju memberikan imbuhan berjumlah RM30,000 kepada pemain dan penolong jurulatih Kedah bagi menghargai para pemain yang membantu pasukan negara menjuarai   Piala Susuki AFF, baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Razak menyampaikan berita gembira itu pada sidang media sejurus selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, 12 Januari lalu.

Lima pemain terbabit ialah; Ammar Rohidan, Mohd Sabri Md Sabu, Mohd Faizal Abu Bakar, Khairul Hilmi Johari dan Mohd Khyril Muhymeen Zamri, serta penolong jurulatih Tan Cheng Hoe.

Pemain-pemain Kedah yang terlibat memenangi beberapa siri kejohanan bola sepak, khabarnya akan diberikan tanah.

Diberitakan tiga muka baru disenaraikan untuk melengkapkan pasukan Kenari Musim baru. Mereka ialah; Mohamad Fauzi Nan, Ammar Rohidan dan Mohd Firdaus M. Faudzi.

KFA juga telah melancarkan Jersi baru untuk pasukan Kedah yang ditaja Lotto Malaysia. Peminat boleh lawati www.nresolution.net/kfa. Pelancaran itu telah disempurnakan Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan kebudayaan, Dr Hamdan Mohamad Khalib di sebuah hotel di sini.

3 comments: