Alor Setar: Langkah belanja berhemah dan usaha gigih meningkatkan hasil termasuk kemasukan pelaburan yang tinggi telah berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan negeri Kedah.
Hasilnya Kedah telah melepasi paras defisit yang dianggar berjumlah RM16 juta pada pembentangan bajet 2010, pertama kali dalam sejarah pentadbiran negeri.
Sehubungan itu Menteri Besar Kedah telah memuji komitmen Semua jabatan pentadbiran negeri yang telah berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan negeri disamping mengambil pendekatan belanja berhemah.
Kutipan hasil negeri telah meningkat 17.32 peratus berbanding 2009.
Kesetabilan politik serta suasana aman dan harmoni telah meningkatkan keyakinan pelabur dari dalam dan luar terhadap Kedah.
Dalam tempoh Januari hingga September 2010, kerajaan negeri telah menerima sejumlah RM1.8 billion nilai pelaburan dalam bidang perkilangan.
Syabas! kerajaan yang telus, tanpa rasuah
berita2 macam ni konpom tak keluar media utama..
ReplyDeletememang pun.ni harakah yg wak keluaq
ReplyDelete