Monday, January 24, 2011

The World Bakal Musnah

saya petik
(HM) Dubai; Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia, dikenali sebagai projek mewah  'The World'  kini berdepan dengan kemusnahan.

Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak  4 kilometer di luar Pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.

Peguam Britain yang mewakili Syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot Smith berkata, pasir yang dijadikan pulau itu mulai menghakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak. " Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan". Katanya di depan hakim.

Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat hutang melampau, dianggarkan RM76.5 billion di akhir 2009.

Ekoran pengstruktur semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya.

Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek.
Bagaimanapun sekarang ini , kebanyakkan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.

Kebanyakkan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan dan tidak mampu meneruskan pembangunan akibat harga hartanah Dubai menjunam   ekoran masalah berkenaan.

Seorang daripada pemiliknya, John O'Dolan membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang

2 comments: