Sunday, January 16, 2011

MENGAPA ORANG INDIA MARAH SANGAT PADA INTERLOK

Buku ini mengesahkan 3 bangsa utama di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Watak utama 'Seman' mewakili orang Melayu.' Taukeh Cing Huat 'mewakili bangsa Cina. 'Maniam mewakili bangsa India.
Maniam diceritakan berasal dari Kerala, India. Beliau dari kasta 'Paria'. Menyebut perkataan 'Paria'  membuatkan kaum India begitu marah, bagai tercucuk sembilu di hati. Itu saja sebabnya.


Buku itu akan dibaca didalam kelas yg mungkin terdiri daripada berbagai bangsa. Mereka bimbang anak-anak mereka akan diejek dengan perkataan 'Paria' ,iaitu satu perkataan yang sangat hina.

Mereka mahu melupakan yg asal usul mereka  terdiri daripada beberapa kasta. Mereka mahu padam sejarah.

Mereka juga marah apabila diungkit bahawa mereka adalah bangsa pendatang yang dibawa sekapal untuk menjadi kuli diladang2. Apakah mereka tidak mahu menerima kenyataan.


Mengapa orang Melayu tidak marah apabila mereka dikatakan   sebagai bangsa yang bodoh dan malas oleh taukeh Cing Huat. Apakah ini suatu kenyataan, atau pun boleh dijadikan motivasi untuk mengejar tamadun bangsa.


Mengapa orang Cina juga tidak marah apabila disebut bahawa taukeh Cing Huat suka menipu orang Melayu, tipu dalam timbangan, ali baba. Ataukah mereka belum membaca buku ini. 

Itu saja persoalannya.
"PATUTKAH KITA MEMADAMKAN SEJARAH".
Sila beri pendapat tuan2

5 comments:

  1. biar pun pahit terimalah kenyataan

    ReplyDelete
  2. isu sensitif kekadang menyayat hati

    ReplyDelete
  3. rasa saya masih ramai yang belum membaca Interloq..almaklumlah masyarakat kita masih belum menjadikan membaca sebagai satu budaya

    ReplyDelete
  4. pengarang kata baca dgn terperinci sampai habis

    ReplyDelete