Monday, February 21, 2011

Air mani Saiful dikesan di dubur sendiri, dakwa peguam Anuar


KUALA LUMPUR, 21 Feb – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini hangat lagi , dengan dakwaan peguamnya, Ramkarpal bahawa salah satu profil DNA yang dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah miliknya sendiri. 

Ramkarpal Singh, berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful sendiri memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

Kata Ramkarpal “Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnyaadalah miliknya sendiri,”

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.Menurut Dr Seah, Profil DNA Saiful, tergolong dalam kategori pertama.
“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.”

No comments:

Post a Comment