Monday, February 21, 2011

Perbicaran Saiful:Lebih banyak profail DNA ditemui tetapi tak direkod

Perbicaraan hari ni makin rancak, makin bercelaru.

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia, hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya "Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,”

Apabila ditanya Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut, Dr Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.
Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali yang dijumpai pada seluar hitam tertuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga kawasan sekitar duburnya.
Katanya, perkara itu tidak dicatatkannya kerana berpendapat ia tidak signifikan.

“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan."
Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

Menurut Ram ,catatan oleh laporan kimia tidak sama dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

Katanya "Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,”

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat

2 comments: