Friday, March 25, 2011

Chong Wei Mahu Misbun Kembali

 Pemain no 1 dunia yang baru-baru ini mempertahankan kejuaraan All England tetap mahukan Datuk Misbun Sidek tampil melatihnya dalam persiapan menghadapi sukan Olympik London 2012 nanti. Beliau masih menaruh harapan besar agar Misbun kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Katanya, jurulatih amat penting.

“Sekarang tinggal setahun setengah sebelum Sukan Olimpik bermula, bukan jangka masa yang lama. Memang saya masih mengharapkan Misbun kembali dan melatih saya tapi biarlah ia berlaku secepat mungkin. Saya ada dengar berita yang mengatakan dia akan membuat keputusan 1 April ini dan saya harap semua berakhir pada tarikh itu,” kata Chong Wei.

Walaupun begitu , Chong Wei tidak pernah mendesak Misbun untuk membuat keputusan kerana berasakan kemungkinan masalah yang dihadapi Misbun belum selesai.

“Saya masih harapkan Misbun terus melatih saya hingga Olimpik London. Tapi jika beliau tidak mahu kembali, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya tetap perlu fokus dan menjalani latihan.”

“Bulan Ogos depan ada Kejohanan Dunia, satu lagi sasaran yang perlu saya penuhi. Saya tidak boleh berhenti berlatih jika beliau tiada sekalipun."

No comments:

Post a Comment