Friday, March 25, 2011

Rahim dan Shazryl Ke Bukit Aman

Gambar Rahim dan Shazryl ketika sidang media mengenai klip video aksi seks
                          
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberi keterangan di Bukit Aman semalam. Mereka menyerahkan dua bahan bukti kepada polis. Mereka berdua masuk ke Bukit Aman kira-kira jam 5 petang dan keluar lima jam kemudian. Bahan bukti itu ialah jam tangan Omega dan satu video lucah yang sebelum ini didakwa pelakunnya sebagai Anwar Ibrahim.

Penyiasatan ini dijalankan atas aduan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan satu fitnah yang menggemparkan negara pada Isnin lalu.

Seorang lagi trio Datuk T iaitu Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tidak hadir bersama memberi keterangan kerana tidak sihat.

Khabarnya Rahim dan Shazryl memberi kerjasama baik sepanjang proses diambil keterangan mereka.

Rahim dan Shazryl difahamkan menyerahkan beberapa bukti sokongan lain yang ada kaitan dengan video lucah yang didakwa pelakunnya mirip seorang pemimpin pembangkang.

No comments:

Post a Comment