SHAH ALAM - Artis yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral sama ada tempatan mahu pun luar negara tidak dibenarkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor, sebab dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda di negeri ini.
kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.
“Kita bimbang para remaja akan terikut-ikut perlakuan artis tersebut dan sekali gus menyebabkan perlakuan sumbang di kalangan remaja meningkat di Selangor.
“Oleh itu dengan cara seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membendung kegiatan sedemikian daripada terus merebak,” katanya
“Apa yang dilakukannya (mengandung luar nikah) itu adalah berdosa dan haram di sisi agama dan ini bukan contoh yang patut dicontohi oleh mereka (masyarakat). (dimaksudkan KD)
“Kita tidak mahu anak-anak muda kita terlalu mengagung-agungkan personaliti seperti itu,” katanya.
Kris yang bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu menegaskan, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya menerima sahaja keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Hasan berkata, pihaknya tidak menghalang sebarang persembahan hiburan tetapi ia haruslah memberi pendidikan kepada masyarakat.
“Setiap bidang ada pendidikan yang boleh disebarkan kepada masyakat, begitu juga dengan cabang seni malah kita akan beri ruang kepada persembahan berbentuk pendidikan.
“Kita tidak mahu sebarang hiburan yang boleh melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda negara. Sebarang persembahan seni yang jelas bertentangan dengan kehendak syarak seperti mengabaikan waktu solat, pergaulan bebas serta pendedahan aurat adalah haram,” katanya kepada sinarharian

No comments:
Post a Comment