Wednesday, April 27, 2011

Cinta ini merubah aku : Anang Hermansyah,


 JAKARTA - KD sudah kahwin dengan kekasihnya, kini giliran bekas suaminya pulak. Anang Hermansyah, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, mengejutkan peminat apabila melamar penyanyi jelita, Ashanty sebagai kekasihnya semasa mereka muncul dalam program hiburan, Dahsyat yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen RCTI, lapor laman detikhot semalam.

Menurut Anang insiden tersebut berlaku secara spontan selepas pengacara Dahsyat iaitu Olga Syahputra dan Raffi Ahmad tidak henti-henti mengusik dan bertanya tentang hubungannya dengan Ashanty. Lalu dia terus meluahkan isi hatinya kepada Ashanty dalam program itu.

Ashanty katanya memberi jawapan dengan bersetuju menerima lamaran cinta Anang dalam keadaan malu-malu. 

"Ini bukan gimik," kata Anang sebaik sahaja ditanya oleh pihak media Indonesia tentang luahan cintanya kepada Ashanty.

Ashanty lepasan Sarjana Kemasyarakatan dari Universiti Paramadina mengaku dia baru mengenali duda tersebut. Ashanty merupakan anak bongsu daripada lima beradik

"Aku selalu bilang kalau kita maksain (memaksa) seperti apa Allah tidak mempertemukan, tapi kalau ini jodohnya pasti dimudahkan jalannya," jelas Ashanty.

Pasangan duet lagu Jodohku itu difahamkan mengenakan baju berwarna merah jambu sedondon sewaktu hadir ke studio RCTI di Kebon Jeruk, Jakarta Barat semalam. 

Lagu popular mereka:
Denyut nadiku
detak jantungmu
Di hela nafasku wangi cintamu
Nelangsaku berakhir kini
Tuhan membari dirimu
Cinta ini merubah aku
Sisa hidupku mencintaimu
Kau wanita sempurna
Di hidupku..
Cinta ini merubah aku
Aku merelakan hidupku
Mengabdi hingga akhir
Bersama dirimu
Di hela nafasku wangi cintamu
Nelangsaku berakhir kini
Tuhan membari dirimu
Cinta ini merubah aku
Sisa hidupku mencintaimu
Kau wanita sempurna
Di hidupku..


No comments:

Post a Comment