Monday, April 25, 2011

Cadangan penggabungan DAP/SNAP

 SIBU - Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.

Penggabungan ini bertujuan menggalakkan pertumbuhan dan sokongan kaum bumiputera Sarawak terhadap pakatan. Ia bukanlah satu ancaman kepada pakatan pembangkang. Demikian pendapat Lim Kit Siang

"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya.

”Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri.

Lim berkata, kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu adalah sokongan dari semua kaum

"Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong.

Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak," katanya.

Pengerusi DAP Sarawak , Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan Pas akan diadakan pada 1 Mei pukul 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu.

No comments:

Post a Comment