Monday, April 25, 2011

mayat kanak-kanak dalam beg pakaian

 BANDAR BAHARU - Mayat kanak-kanak lelaki berusia setahun dipercayai berketurunan India ditemui dalam beg pakaian dalam keadaan berpakaian lengkap ditemui berhampiran jalan susur masuk ke hentian tol Bandar Baharu di Kilometer 175 dari arah Utara padakira-kira jam 5.00 petang, kelmarin.

Seorang lelaki Cina, Ng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia melalui laluan berkenaan bagi mencari kereta rosak yang memerlukan bantuan trak tunda.

“Ketika lalu di situ, dua penjaga landskap yang melakukan kerja pembersihan menahan trak saya. Saya memang mengenali mereka dan segera memberhentikan kenderaan saya.

“Mereka memaklumkan terjumpa satu beg mencurigakan dan meminta saya membukanya kerana mereka takut berbuat demikian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, mayat kanak-kanak itu dipercayai ditinggalkan tidak sampai sehari kerana keadaannya masih lembut dan tidak berbau.

"Mayat itu disumbatkan dalam beg kanvas ditemui sekitar kawasan pasu bunga berdekatan tiang elektrik di plaza tol Bandar Baharu.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, polis menemui kesan lebam di kepala mangsa, manakala hidungnya berair. Selain itu, tiada kesan atau tanda lain ditemui," katanya.
Mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengarahkan polis menghantar mayat mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk pemeriksaan doktor pakar. Sehingga kini, polis masih mencari keluarga mangsa," katanya.

Menurutnya, kes itu akan siasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian kanak-kanak.

Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang mayat bayi itu.

Sesiapa yang ada maklumat tentang kehilangan anak,
diminta hubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu di talian 04-4077222.


No comments:

Post a Comment