BALING – Tahniah Kerajaan Pas Kedah kerana mahu menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur bertujuan meningkatkan sektor pertanian di negeri ini.
Perasaan cemburu tidak dapat dijauhi oleh hati yang bernama manusia. Bila sesuatu usaha murni Kerajaan Pas Kedah yang mahu mengejar tamaddun, mesti saja ada orang yang sakit hati dan cemburu.
Begitu juga dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Ahmad Bashah Hanipah. Katanya kerajaan negeri seolah-olah cuba menumpang nama atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pusat menerusi agensi-agensi berkaitan.
“Kerajaan negeri mahu menjadi Belanda Timur tetapi tidak pernah pun terlibat dalam memacu pertanian sebaliknya hanya menumpang kejayaan petani yang dibantu agensi Pusat,” katanya seperti dipetik dari Utusan Melayu.
Beliau turut mendedahkan langkah kerajaan negeri mengadakan bancian mengenai jumlah pokok yang mampu mengeluarkan hasil.
Kata beliau “Apakah tujuan bancian ini? Adakah semata-mata mahu mengumumkan negeri ini mempunyai jumlah pokok buah-buahan yang banyak sebagai membuktikan Kedah kini memiliki pengeluaran yang besar?”
Apa-apa pun apa salahnya. Segalanya hanyalah untuk rakyat Kedah yang dicintai. Kami rakyat Kedah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakyat Kedah dan Pemimpinnya. Jangan ada perasaan dengki, cemburu dan iri hati.
Sabda Rasululluh SAW “ Dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika busuk daging itu maka busuklah seluruh tubuh.
Ada faham ?
No comments:
Post a Comment