Sunday, April 24, 2011

Mati Ditimbus Tanah Runtuh

 SAO PAOLO – Paling sedikit 10 orang terkorban di Brazil selatan akibat tanah runtuh dan hujan lebat, Delapan orang yang terkorban disebabkan tanah runtuh yang menimpa rumah mereka di kota Igrejinha dan Novo Harmburgo di negara bahagian paling selatan Rio Grande do Sul.

Mangsa yang terkorban termasuk tiga kanak-kanak yang sedang tidur, Seorang lelaki meninggal terkena kejutan elektrik, manakala seorang petani meninggal kerana dihempap sebuah gudang yang disebabkan tanah runtuh. Dua orang lagi masih hilang dipercayai telah terkubur di Igrejinha. Banjir dilaporkan terjadi berdekatan ibu kota negara bahagian Porto Alegre.

Pada Januari lepas, satu daerah pergunungan berdekatan Rio de Janeiro musnah akibat tanah runtuh yang didatangkan hujan lebat.Bencana itu membunuh 800 orang

No comments:

Post a Comment