Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Rela mati demi cinta. Nampaknya itulah yang membuat seorang lelaki dari Ukrain nekat menjual ginjalnya demi membeli sebentuk cincin pertunangan seharga £12,300 ribu seperti dikutip dari mirror.co.uk.
Lelaki itu mungkin berfikir kekasihnya akan bertambah cinta ketika dilamar dengan cincin indah yang supermahal. Perbuatan itu membuatkan kekasihnya marah kerana membahayakan kesihatan.
Lalu kekasihnya memutuskan perhubungan.
Street Journal menyebut bahawa penjualan organ manusia telah menjadi perniagaan yang menguntungkan di beberapa negara, sejak resesi ekonomi global.
Di England misalnya, bukan hal mengejutkan lagi jika menemukan iklan penjualan ginjal di internet. Beberapa bahkan menentukan calon pembeli harus siap untuk membayar setidaknya £1,000 untuk biaya perjalanan ke luar negeri, ditambah tiket pesawat dan £1,200 biaya tambahan mengingat banyak ahli bedah yang enggan melakukannya kerana alasan hukum dan faktor risiko..
Sejumlah ipenyiasatan mengungkapkan bahawa penjualan ginjal pernah menembus angka £25,000 .
Juni lalu, kes penjualan ginjal juga sempat membuat heboh. Seorang remaja 17 tahun dari China rela menjual ginjalnya seharga £2,000 demi membeli komputer tablet iPad 2. Ia melakukan pembedahan pemindahan ginjal di sebuah rumah sakit di kawasan utara kota Chenzhou, Hunan.
Perdagangan organ masih berleluasa di China, meskipun pemerintah setempat berulang kali mencuba membasmi praktik tersebut. Tahun lalu, sebuah stesyen televisyen di Jepun mengungkap bahawa sekelompok 'tpelancung transplantasi' berhasil mendapatkan ginjal baru di China dengan harga £5,000.VIVAnews
No comments:
Post a Comment