gambar telegraph |
Los Angeles, 28 Julai - Kecewa dengan penyakit hernia yang ia derita, seorang warga emas berusia 63 tahun di Los Angeles, Amerika Syarikat, nekat membedah sendiri pembengkakan pada kelaminnya dengan merobek perutnya dengan menggunakan sebilah pisau mentega.
Laman telegraph.co.uk memberitakan, pada 27 Julai aksi nekat itu diketahui isterinya yang langsung menalipon layanan darurat 911. "Si isteri kata suaminya mencuba membedah sendiri hernianya kerana kecewa dengan penyakitnya," kata polis setempat, Sarjan Tom Lorenz.
Di rumah sakit, lelaki tua juga dirawat oleh psikiatrik, kerana aksinya dipercayai kerana dorongan penyakit jiwa. "Ini kes luar biasa, tak mungkin ada orang yang boleh mengubati hernianya sendiri," kata doktor bedah di Glendale Adventist Medical Center, Sam Carvajal.
Menurut Carvajal, sebenarnya membedah hernia cukup mudah, hanya perlu waktu 20 hingga 30 minit saja, namun pastinya dilakukan seorang doktor.
Sumber : primaironline.com
No comments:
Post a Comment