gambar hiasan |
KATMANDU – Seorang warga emas berusia 82 tahun ingin memecah rekod dunia sebagai pendaki everest paling tua tidak kesampaian, kerana beliau meninggal ketika sedang memanjat gunung tertinggi dunia itu.
Petugas dari Departmen Pendakian Gunung, Tilak Pandey mengatakan, Shailendra Kumar Upadhyay berniat untuk kembali ke base camp ketika akhirnya dia pengsan dan meninggal dunia.
Upadhyay dipercayai meninggal kerana penyakit ketinggian atau penyakit akut gunung, penyebab umum terjadinya kematian pada para pendaki gunung.
Setelah dibawa kembali ke base camp, jenazah Upadhyay akan dibewa turun menggunakan helikopter ke Ibu Kota Kathmandu pada hari ini. Demikian seperti dilansir Associated Press.
Upadhyay merupakan mantan Menteri Luar Nepal yang menjawat jawatan itu pada 1986-1990.
No comments:
Post a Comment