Polis Rusia telah menahan seorang wanita muda yang jelita dan menarik kerana meracuni dan memperkosa 10 lelaki setelah terlebih dahulu memancing mereka dengan kecantikannya. Wanita itu dikenali sebagai Valeria K, 32 . Hobinya cukup unik, iaitu mengumpul labah-labah beracun. Sebab itu, dia digelar “Black Widow”, sejenis labah-labah raksasa yang ganas terhadap lawan jenisnya.
Menurut laman Life.ru, polis mulai curiga ketika ramai pesakit laki-laki dengan keluhan yang pelik meningkat di rumah sakit. Keluhan itu adalah keracunan klonidin dan trauma berat pada zakar. Lelaki-lelaki ini tidak dapat mengingati perkara yang telah berlaku , kecuali perempuan cantik berambut merah yang mengajak mereka minum di sebuah pangsapuri. Menurut mereka, perempuan itu juga seorang yang peramah.
Akhirnya Valeria tertangkap jugak dan dia mengakui perbuatannya. Namun, polis masih tertanya-tanya dengan modus operandi perkosaan itu. Dalam pengakuannya, Valeria mendedahkan bahawa dia memang memujuk lelaki untuk bermalam di apartmennya.
Di sana mereka minum-minum dan tentu saja para lelaki itu menginginkan hubungan seks.Lalu dia memberikan para lelaki itu air yang sudah dicampur dengan klonidin yang membuat mereka pengsan selama 24 jam. Namun, sebelum itu, zakar lelaki yang sudah terangsang itu diikat pangkalnya.
Setelah itu, mangsa dibuang di sebuah kawasan sunyi dan apabila sedar lelaki-lelaki itu sudah tidak ingat apa-apa pun yang berlaku. Hal terkini yang boleh mereka ingat adalah bertemu seorang perempuan cantik, selebihnya gelap.
No comments:
Post a Comment