John Tunney |
Parahnya lagi, setelah keadaan pesakit beransur pulih, barulah diketahui bahawa tumor tersebut sebenarnya tidak perlu dibedah. Pemberian ubat-ubat kemoterapi sudah cukup untuk mengawal keadaan pesakit, kerana tumornya tidak terlalu aktif dan belum menyebar.
Meskipun keadaannya sudah pulih, John Tunney harus menderita cacat kekal di otaknya. Kemampuan melihatnya rosak sebahagian, sedangkan ingatannya juga banyak yang terhapus sehingga mengalami amnesia atau hilang ingatan.
Lelaki yang berasal Coventry, England Tengah ini menjalani pembedahan otak tersebut pada tahun 2008 di University Hospital. Meskipun cacat kekal, keadaannya sketika ini memang lebih baik jika dibandingkan setelah dibedah ketika otaknya mengalami perdarahan teruk.
"Kerosakan otak John telah menghancurkan hidupnya. Sebelum ini dia orangnya santai dan sangat aktif. Sangat mengecewakan melihat ia berubah kerana kesalahan yang tidak semestinya terjadi," kata isteri John, Pamela seperti laporan Foxnews, pada (25/8/2011).
Bahagian otak yang diabuang dalam pembedahan tersebut sebenarnya tidak terlalu banyak kerana baru akan digunakan untuk keperluan biopsi atau pemeriksaan jaringan. Tetapi bukan jaringan tumor yang dibuang, doktor bedah justru mengambil jaringan sihat dari otak John.
Setelah jaringan tumor dibuang , doktor menyimpulkan bahawa sebenarnya tumornya tidak perlu dibuang. Tumor yang belum terlalu aktif itu masih boleh dijinakkan dengan ubat-ubat kemoterapi, sehingga tidak perlu ada pembedahan pembuangan.
Melalui peguamnya, John dan keluarganya berniat mengajukan saman ke mahkamah . Apalagi pihak hospital telah mengakui terjadinya kesalahan prosedur .
No comments:
Post a Comment