Friday, August 26, 2011

Fitnah 11 : Pakar kata, sampel DNA tidak diuji dengan betul


KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Semalam Pakar DNA, Dr Brian Mc Donald memberi keterangan di mahkamah, selepas Pakar Patologi Forensik Dr David Wells selesai memberi keterangan kelmarin.
Dr Brian mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.
Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.
Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.
Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Berikut lintas langsung perbicaraan pada hari  ini yang menyaksikan Dr Brian menyambung keterangan beliau.
9.15 pagi: Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula dengan pakar DNA, Dr Brian Mc Donalds masuk ke kandang saksi untuk  menyambung memberi keterangan.
Ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong duduk di antara Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden Noorn Badaruddin.
9.19 pagi: Dr McDonalds menerangkan kepada mahkamah cara untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.
9.29 pagi: Menurutnya, bahan kimia dikenali dengan nama DTT digunakan untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.
9.34 pagi: DTT akan ‘membuka’ kepala sperma membolehkan DNA diekstrak, kata Dr MacDonalds.
9.35 pagi: Karpal singh tiba di mahkamah.
9.44 pagi: “Jika analisa DNA tidak dilakukan dengan betul, bolehkah kita anggap sebahagian DNA tidak datang daripada sperma?” tanya Ram Karpal
“Ya, sebahagian DNA boleh datang daripada sel-sel epitelia (kulit),” balas Dr McDonalds.
9.53 pagi: Berdasarkan pemerhatiannya, ada kemungkinan Dr Seah tidak melakukan ujian DTT dengan baik,  kata Dr McDonalds.
Berdasarkan pemerhatiannya, ia tidak dilakukan oleh Dr Seah, kata Dr McDonalds.
“Berdasarkan bukti Dr Seah, beliau tidak menjalankannya.
“Sebab beliau tidak tahu samada terdapat DNA sel epitelia (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr MacDonalds.
10.07 pagi: Dr Seah tidak boleh menganggap DNA Saiful yang dijumpai dalam putik kapas ditanda B8 dan B9 datang daripada kulit Saiful kerana beliau tiada bukti untuk membuktikannya, kata Dr MacDonalds.

No comments:

Post a Comment