Seorang lelaki menuntut ganti rugi dari doktor bedah di sebuah rumah sakit yang telah memotong alat kelaminnya tanpa izin.
ABC News pada 22 Ogos 2011 melaporkan , lelaki itu , Phillip Seaton melakukan pemeriksaan rutin pada Oktober 2007 di sebuah rumah sakit kerana alat kelaminnya kena kanser. Tetapi Seaton malah meninggalkan bilik bedah dalam keadaan tanpa alat kelamin.
Peguam Seaton, Kevin George, berkata bahawa setelah kehilangan organ kejantanannya, kliennya tidak lagi merasa menjadi seorang lelaki.
Peguam dr. Patterson, Clay Robinson, berkata bahawa kliennya mendapati kanser pada alat kelamin Seaston membahayakan sebab itu mereka memutuskan ianya terpaksa dipotong.
Menurut Robinson, pembedahan hanyalah satu-satunya cara untuk mengatasi penyakit yang dideritai Seaton. Kerana, kata dia, alat kelamin Seaton sudah seperti kol busuk, kerana terinfeksi kanser.
Akan tetapi para ahli berpendapat seorang doktor memerlukan izin dari pesakit bila ingin membuang alat kelamin yang bersangkutan. "Saya rasa doktor Patterson membuat kesalahan besar, jadi dia tak akan mungkin memenangi kes ini," kata Profesor David Crawford, pakar bedah di Pusat Kesihatan Universiti Colorado.
Pembedahan alat kelamin lelaki biasa digunakan untuk membuang beberapa tipe kanker kulit yang hanya boleh dirawat dengan terapi radiasi serta laser.
Dalam perbicaraan, dr. Patterson mengatakan kanser yang dialami Seaton sangatlah parah. Ketika itu dia yakin satu-satunya jalan untuk menanganinya adalah dengan membedahnya.
"Namun demikian, wajib minta izin dari pesakit untuk melakukannya, kerana itu sudah merupakan standard. Pesakit ada hak untuk menolak tindakan perubatan yang akan dilakukan padanya," kata Glenn Bubley, profesor kedoktoran dari Universiti Harvard.
Digugat Seaton, pihak Rumah Sakit Louisville Jewish Hospital lebih memilih untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, dengan membayar wang ganti rugi .
Menurut Patterson, pembedahan itu sebenarnya perlu untuk menghilangkan peradangan. ”Ternyata saya melihat ada kanser,” katanya. Patterson mengatakan, ia memotong kurang dari satu inci atau tak sampai 2.5 sentimeter. Bakinya dipangkas doktor lain. Isteri Seaton juga ikut menuntut kerana telah kehilangan ”layanan, cinta, dan perhatian”.
No comments:
Post a Comment