JUNJUNG- Seorang pekerja ladang terkejut apabila menemui rangka manusia dengan kepala tergantung pada pokok manakala badannya di atas tanah di ladang kelapa sawit berhampiran Taman Melur Indah, di sini, semalam.
Nandakumaran Jeyaraman 31, yang sedang bekerja di ladang itu terhidu bau busuk berdekatan kawasan tempat dia bekerja kira-kira jam 12.30 tengahari dan menemui mayat reput dalam keadaan mengerikan.
“Saya terhidu bau busuk dan mencari di mana datang bau itu, kemudian saya ternampak rangka manusia di atas tanah manakala tengkoraknya masih tergantung di pokok” katanya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Ghuzlan Salehx berkata, mangsa dipercayai membunuh diri kerana terdapat tali nylon berwarna biru di leher mangsa.
Menurutnya, mangsa merupakan seorang penagih dadah dan masih dalam rawatan.
“Kepala mangsa terputus dan beberapa bahagian badan didapati terpisah dipercayai dilakukan binatang liar.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada kesan perlakuan jenayah,” katanya ketika ditemui.
Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mangsa boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.
Jawatan Kosong
No comments:
Post a Comment