Monday, September 19, 2011

Hebat jugak kasanova ni : Berasmara dengan lapan wanita satu malam

  Isnin, 19 September 2011




 Silvio Berlusconi

ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang berusia 74 tahun mengaku dalam satu perbualan telepon yang dirakam, bahawa dia pernah berasmara dengan lapan wanita dalam satu malam, lapor sebuah akhbar semalam.
bersama isteri

Beliau menyatakan demikian semasa berbual menerusi telefon dengan seorang ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini. Dalam perbualan itu, Berlusconi menyatakan beliau hanya mampu berasmara dengan lapan daripada 11 wanita yang berada di luar rumahnya.

Seperti laporan Telegraph, percakapan itu merupakan hasil intipan perbualan  pegawai penyiasatan terhadap jaringan teman sosial  di sekitar   perdana menteri.

"Semalam, sudah ada 11 perempuan yang menunggu di luar pintu. Saya hanya 'menangani' delapan," kata Berlusconi kepada Ganpaolo Tarantini, yang dipercayai sebagai penyedia perempuan bagi Berlusconi. "Tapi, paginya, saya merasa segar."

Panggilan telefon itu dibuat pada tahun baharu 2009 lagi. Ia merupakan sebahagian daripada 100,000 intipan perbualan yang dirakamkan dan didedahkan untuk siasatan kes lapan individu yang dituduh membekalkan wanita teman sosial dalam parti anjuran Berlusconi.

Maria Teres De Nicolo, 38, adalah salah seorang wanita teman sosial yang   mendakwa dia tidur dengan Berlusconi. 

Kata Maria, "Sebelum saya pergi ke partinya, saya diberikan wang AS$1,378 (RM4,258),"  . Namun Berlusconi menafikan melakukan sebarang salah laku dan membayar upah untuk tujuan seks

No comments:

Post a Comment