Thursday, September 8, 2011

Laporan: Kabinet setuju guna dakwat kekal


Sep 8, 11 
Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

pulau ketam village head election 310711 indelible inkLaporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengesahkan pindaan perlembagaan tidak diperlukan untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

Nazri dilaporkan berkata beliau telah menyemak perkara itu dengan pejabat Peguam Negara tetapi ia perlu dibincangkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas reformasi pilihan raya.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.MK

No comments:

Post a Comment