"Saya sahkan bahawa saya tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang."
Bekas presiden Majlis Peguam itu hairan bagaimana spekulasi berhubung pencalonannya itu boleh timbul dan mengulangi beliau hanya mengetuai gabungan reformasi pilihan raya.
BERSIH mendapat publisiti meluas berikutan penganjuran perhimpunan jalanan 9 Julai lalu yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di negara itu, Sejak itu, media arus perdana dan parti pemerintah sering-kali cuba memburukkan imej Ambiga dan mengaitkannya dengan pembangkang.
Semalam, ketua pemuda, parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fadillah Yusof mendesak Ambiga untuk membuat penjelasan sama ada beliau berniat untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
"Rakyat ingin tahu sama ada benar bahawa beliau telah berunding dengan (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika benar, beliau telah ditawarkan kerusi, kawasan mana yang akan beliau bertanding dan parti yang bakal diwakilinta,” kata Fadillah yang dipetik akhbar harian Inggeris New Straits Times.
No comments:
Post a Comment