11/05/2011
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tinggal selama dua hari bersama mayat ibunya di rumah mereka di New Zealand kerana ibunya mati secara mendadak. Dia mencari kenyamanan dari mainan kesukaannya dan melahap keju, sisa lasagna , dan susu.
Kanak-kanak ini, Shylah Silbery , mencari sendiri makanan di dalam kulkas dengan hanya ditemani boneka beruang Teddy Bear yang dinamainya 'Possum' setelah ibunya, Lauren Silbery yang berusia 28 tahun, meninggal dunia.
Komunikasi terakhir keluarga dengan Lauren Silbary terjadi pada 19 Oktober. Dua hari kemudian, kerana tiada khabar berita, keluarga bimbang dengan keadaan Silbery dan anaknya. Mereka pun menghubungi tetangga Lauren untuk merisik khabar. Tetangga yang memeriksa keadaan rumah, hanya boleh melihat Shylah kecil tanpa terlihat keberadaan Lauren.
Polis yang datang belakang memujuk Shylah untuk menyeret meja kopi ke depan pintu agar dia boleh mengambil kunci dan membuka kunci pintu. Kepada polis , Shylah hanya berkata, "Mama tidak mau bangun."
Polis kemudian segera membawa Shylah ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan selama beberapa hari. Sekalipun menderita dehidrasi dan lampin bayi yang lama tidak diganti, keadaan Sylah dilaporkan tidak membimbangkan.
No comments:
Post a Comment