Malaysiakini
Pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi air Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) menangguhkan bayaran kepada loji rawatan
air antara enam hingga tujuh bulan, dengan tunggakan yang meningkat
hingga RM2 bilion."Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd memungut wang daripada anda dan saya; ia memungut wang daripada keluarga kita, tetapi menyekat wang ini," kata Rafizi dalam satu forum di Subang Jaya pada malam tadi.
Beliau mendakwa SYABAS berusaha untuk mencipta satu krisis air dalam tindakan terdesak untuk membantu Umno merampas semula Selangor dalam pilihan raya akan datang.
"Jika Rozali mahu terus sekat bayaran kepada loji pemprosesan air untuk menghilangkan keupayaan mereka dan mencipta krisis air di Selangor, sekurang-kurangnnya dia boleh lepaskan (gaji) RM5 juta setahun.
"Setuju atau tidak?," soalnya yang disambut dengan jawapan "Ya" oleh para hadirin.
SYABAS merupakan salah satu daripada empat pemegang konsesi pembekal air di Selangor.
No comments:
Post a Comment