BEBERAPA
orang cuba untuk menangkap daging ayam di Gunung Bromo, Jawa Timur kelmarin.
JAKARTA - Ratusan penduduk Indonesia sanggup memanjat gunung berapi
Bromo setinggi 2328.98 meter untuk mencuri makanan yang dilemparkan oleh
penganut agama Hindu ke kawah gunung itu di Jawa Timur kelmarin.
Sebahagian mereka membawa batang kayu yang mempunyai jaring bagi
menangkap daging ayam, sayur-sayuran, beras dan buah-buahan yang
dibaling oleh para penganut agama tersebut.
Turut dicampak oleh para penganut itu ialah wang.
Para penganut itu melakukan perbuatan tersebut dalam Festival Yadnya
Kasada.
Mereka berharap akan memperoleh tuah yang baik untuk diri dan keluarga
selepas melakukan perbuatan tersebut.
Para penganut Hindu menganggap perbuatan itu adalah sebagai pengorbanan
untuk tuhan.
- Agensi
No comments:
Post a Comment