Isnin, 6 Ogos 2012
Kosmo
CHONG kini
masih dirawat di Hospital Miri.
MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu
mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut
sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan
Lapangan Terbang Miri di sini.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran
bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan
mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.
Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus
membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada
penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.
"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak
kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.
"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan
memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya
tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika
ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia
memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum
dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat
duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu
menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang
menakutkan di situ.
No comments:
Post a Comment