Khamis, 22 November 2012
Zhang
Hongming (kanan) menunjukkan tompok hitam berbulu yang memenuhi
sebahagian besar bahagian depan, belakang badan serta tangannya kepada
seorang doktor di Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai,
China, baru-baru ini. - Agensi
BEIJING 21 Nov. - Seorang lelaki di China yang
digelar 'Chimp' mula menerima rawatan untuk membantu menghilangkan
tompok hitam berbulu di badannya.
Zhang Hongming dari Chongqing, barat daya China, menderita penyakit kulit luar biasa yang dipanggil pigmentasi nevus itu, sejak dia dilahirkan, menyaksikan pesakit mempunyai tahi lalat berbulu gergasi.
Hongming dilahirkan dengan tanda lahir hitam di badannya, tetapi ekoran
keluarganya miskin, dia tidak pernah mendapat sebarang rawatan.
"Tompok hitam itu telah menjadi mimpi ngeri sejak saya dilahirkan.
"Pada mulanya saya hanya ada tanda lahir berwarna hitam, tetapi sejak
umur lapan tahun, benda itu semakin membesar dan mengeluarkan bulu,"
katanya.
Menurut Hongming, akibat penyakit yang dialaminya itu, dia juga sering dibuli dan diejek, selain digelar monyet atau cimpanzi.
"Setiap kali saya melihat orang di sekeliling saya berbisik-bisik sesama mereka, saya akan melarikan diri," ujarnya.
Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai telah bersetuju untuk menyediakan rawatan percuma bagi merawat penyakitnya itu.
Dia kini sedang menjalani rawatan pertama daripada enam prosedur yang
perlu dilaluinya untuk menghilangkan bulu-bulu dan tahi lalat tersebut. -
AGENSI
No comments:
Post a Comment