HONG
KONG 22 November: Satu laporan baru dikemukakan kepada jawatankuasa
semakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pagi ini
untuk mendesak kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa
Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz dan jutawan
balak, Michael Chia dibuka semula.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya pagi tadi.
Menurutnya, beliau bersama rombongan yang disertai beberapa wakil
rakyat Malaysia itu akan membekalkan maklumat baru berhubung skandal
tersebut.
“Pagi ini, saya bersama Leong Jee Keen, Hee Loy Sian, Chang Lih Kang
akan buat laporan baru dan beri maklumat baru kepada ICAC agar kes RM40
juta disiasat semula,” katanya.
“Ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong akan desak ICAC siasat rasuah RM40 juta,” jelas beliau.
“Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong
bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru.
“KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan
bukti-bukti baru ini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh
ICAC,” katanya lagi dalam kenyataan dari Hong Kong.
selengkapnya
No comments:
Post a Comment